Panduan Tips untuk beli Kereta Baru
Mesti ramai dari kalangan kita ni yang pertaman kali (first time) mahu beli kereta dan tertanya-tanya apa proses perlu di lalui untuk membeli sebuah kereta terutama kaum Wanita. Lihat orang lain beli kereta macam mudah sahaja kan !,
Pergi showroom, tengok luar dalam test duduk di kerusi sambil pegang steering dan buka tutup pintu berkali-kali terusss… sign dokumen. Lepastu terusss dapat kunci pusing satu taman dengan kawan-kawan.
Nampak seperti mudah kan ? Tapi sebenarnya memang mudah pun, jika tahu cara yang betul !!
Ada perkara yang anda perlu lakukan sebelum “decide” nak memiliki sebuah kereta.
Perkara utama adalah kereta apa yang anda mahu beli atau inginkan. Kereta tersebut hendaklah sesuai dengan keperluan anda. Tapi apa yang di maksudkan dengan sesuai untuk anda terutama kepda pembeli kereta yang pertama.
1. Harga kereta tersebut.
Harga kereta mestilah mengikut kadar gaji atau pendapatan harian kita. Kenapa ini penting ? saya beri contoh, jika gaji kita sesuai untuk membeli sebuah kereta Honda City, maka Mercedes bukanlah pilihan utama kita. Kerana ia akan membeban kan kita dari kewangan dan kos-kos lain yang terlibat. Lebih senang faham kemungkinan besar bank pon tak beri pinjaman kepada kita. Terdapat pelbagai formula untuk memiliki kenderaan mengikut gaji atau pendapatan bulanan kita. Boleh minta pendapat “Sale Advisor” berkaitan urusan ini

2. Kesesuaian kenderaan dengan penggunaan kita
Ini melibatkan segmen dan jenis kenderaan yang kita perlukan sama ada kegunaan untuk harian bekerja atau hujung minggu Bersama keluarga. Jika anda inginkan penggunaan minyak yang jimat maka Honda City merupakan pilihan yang terbaik.
Jika anda memerlukan kenderaan yang lebih besar dan luas, maka Honda CR-V adalah yang terbaik disebakan saiz kenderan yang besar dan ruang bagasi (bonet) yang lebih luas sesuai untuk ahli keluarga yang ramai dan selesa digunakan untuk perjalanan yang jauh. Jika anda seorang yang suka pemanduan dengan pemandangan yang luas tapi tak mahukan yang terlalu besar, maka Honda HR-V atau Honda WR-V merupakan pemilihan yang sesuai.

4. Kos – kos yang terlibat untuk membeli kereta baru
Anda perlu tahu kos-kos yang terlibat untuk membeli kereta baru ni seperti, Deposit / Dowpayment, Insuran, cukai jalan dan lain-lain lagi. Pastikan penasihat anda menerangkan setiap perkara yang dimasukkan kedalam kos kereta tersebut. Anda sebagai pengguna pastikan tiada caj tersembunyi (hidden charge).
Selalu anda dengan sekurang-kurangnya 10% pendahuluan dari harga kereta perlu disediakan ? Jika tiada, cuba berbincang dengan “sale advisor” anda perkara ini.
3. Penyediaan Dokumen
Dokumen yang di perlukan antaranya ialah penyata bank (bank statement), Kad pengenalan dan lain-lain (“sale advisor” akan listkan dokumen apa yang perlu. Tapi proses ini setelah anda tetap membuah pilihan henda beli kereta yang mana.
InsyaAllah saya telah cuba sedaya ringkas untuk membantu anda yang kurang faham bagaimana hendak beli kereta lebih lagi kepada pembeli kereta pertama. Perkara utamanya anda boleh bincang dengan dengan penasihat jualan “sale advisor” anda bagi mendapatkan nasihat sebelum memiliki kereta.
Lasttt sekali… Jika anda mencari kereta dan ingin saya bantu, boleh hubungi saya dengan tekan whatsapp di bawah.
InsyaAllah saya akan bantu dari awal hingga kereta di tangan anda.
InsyaAllah saya akan bantu dari awal hingga kereta di tangan anda.
Leave a Reply